Thursday, December 3, 2015

KERNA TERPAKSA AKU LEPASKAN MU...

Assalamualikum w.b.t

CINTA....
kita mudah memberikan cinta kita kepada manusia, sehingga kan kita lupa pada DIA yang sentiasa mencintai kita tanpa mengharapkan apa-apa balasan.. ini juga yang terjadi pada aku..aku leka dengan cinta duniawi , terlalu mencintai seseorang yang bernama kekasih sehingga aku alpa, aku lupa pada PENCIPTA..aku lupa dunia ini hanya sementara, dan kebahagiaan yang dipinjamkan pada aku juga hanya sementara..

AYAH,IBU..
Ya...mereka juga hanya dipinjamkan pada aku ,tanpa aku sempat bermanja .. tapi sudah dibawa jauh dari aku.. nak meratapi..aku sudah cukup lama meratapi.. hingga suatu saat aku sedar betapa bodoh nya aku meratapi kehilangan orang yang tidak akan kembali pada aku.. kerana sudah tinggalkan dunia ini buat selama-lamanya..dari saat itu, aku tidak pernah berhenti berdoa supaya ditemukan dengan mereka di Syurga kelak..aku ingin peluk mereka seperti orang lain ..setipa kali melihat seorang anak yang memeluk ibu dan ayahnya timbul rasa cemburu di hati  ini kerana aku sedar..aku tahu aku tidak akn pernah dapat merasai nya..

CINTA HATI..
Mereka juga hanya pinjaman jika bukan mereka jodoh mu..itu kata orang..tapi jangan dilupa kuasa ALLAH.. DOA sangat-sangat mustajab..kadang-kadang kita tertanya-tanya kenapa kita dipertemukan dengan nya jika bukan dia jodoh kita.. tapi pernah tak kita tanya pada diri kita , kenapa ALLAH pertemukan , dan ALLAH pisahkan kita darinya?? Bagi aku, mungkin selama aku bercinta aku lupa pada DIA yang selalu menanti aku.. sehingga kan DIA terlalu merindui aku untuk sujud padaNYA , maka DIA mengambil insan yang aku sayang pergi dari aku.. sedih? kecewa?merana? ye,, aku rasa semua tu.. tapi aku juga sedar setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.. mungkin DIA nak aku dan orang yang aku sayang muhasabah diri, perbaiki diri sebelum dia pertemukan kami semula.. orang kata yang dah pergi tinggalkan kita tu, kita kena redha..ye memang betul kita kena redaha..tapi bagi aku yang dah biasa merasai kehilangan.. aku memang redha..tapi aku juga percayakan keajaiban dan aku percaya setiap hamba ALLAH yang tidak pernah berhenti berdoa pasti akan dikabulkan doanya..

Aku tak mungkin akn dapat bersama dengan kedua orang tua ku lagi, sebab mereka dah tinggalkan dunia ni.. tapi insan yang aku cinta masih ada di dunia ini,, jadi mengapa perlu aku menyerah kalah sebelum aku mencuba..?  Aku redha akan setiap apa yang berlaku.. Aku teringat kisah Zulaikha yang mengejar cinta Nabi Yusuf...'ketika Zulaikha mengejar cinta Yusuf , makin jauh Yusuf darinya..tetapi..ketika Zulaikha mengejar cinta ALLAH,,ALLAH datangkan Yusuf untuknya'
aku tahu kini aku perlu kejar cinta ALLAH dulu, jika aku mahu ALLAH satukan aku dengan orang yang cintai... 

Kerana Terpaksa Aku Lepasakn Mu ..
Andai engkau jodohku..pasti kita akan dipertemukan semula,, 
Wait For Me Love..i'll prepare myself before we meet again..